QUOTE FOR TODAY

Dr. Seuss
“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
Dr. Seuss

Monday, April 12, 2010

Pemergian Yang Tidak Dijangka

Align Center

Allahyarhamah Zainab binti Mat Amin ;;; 10 Sept. 1952 - 7 April 2010

Selepas dapat berita daripada adik ipar pada Sabtu malam, berkenaan Mak Mertua sedang sakit kuat, keesokannya 4 April 2010, kami tiga beranak bertolak ke Dungun, Terengganu jam 7 pagi.


Sebenarnya arwah menghidapi sakit kencing manis dan darahnya telah dijangkiti kuman. Menurut Doktor yang merawat, kaki beliau kena potong tapi tak dapat persetujuan dari arwah.


Semasa kami sampai, arwah sedang terbaring lesu di ruang tamu. Kelihatan ramai hadirin sedang membacakan Surah Yassin.


Arwah duduk dibantu oleh adik ipar. Kami bersalaman, peluk cium. Irfan juga. Sayu melihat tubuhnya yang lesu dan kurus. Terdengar sayup suara arwah memesan pada Irfan, "jaga diri molek2..." kemudian arwah tersenyum.


Kami mengadakan Solat Hajat dan membacakan Surah Yassin setiap masa bergilir-gilir dengan adik-beradik dan saudara mara. Arwah dikunjungi adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai dan jiran-jiran terdekat yang mengenalinya. Arwah seorang yang penyayang dan disenangi oleh semua orang.


Namun, Allah lebih menyayanginya. Mak Mertua menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan /me dan anak-anaknya, adik-beradiknya, saudara maranya pada jam 2.50 petang, 7 April 2010. Alhamdulillah, arwah pergi dengan tenang dan kami semua redha dengan pemergiannya. Arwah dikebumikan selepas Isyak di kawasan tanah perkuburan Gong Pasir yang berhampiran.


Terima kasih yang tak terhingga kepada adik-beradik ipar, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan saudara-mara yang bertungkus lumus menguruskan jenazah dan mengadakan tahlil untuk arwah Mak Mertua. Nyatanya kenangan bersama arwah takkan dapat dilupakan dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..


Amin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah...

No comments: