Sudah lebih kurang 14 tahun tiada khabar berita dari seorang kawan ni (kawan rapat jugalah), NRI. Masing-masing bawa haluan sendiri selepas keputusan SPM. /me diterima masuk UiTM, Shah Alam manakala dia sambung Form Six di SAAS, Kajang. Bukan /me tak contact dia (email or jemput majlis kahwin /me)tapi,no response from her. Kad siap hantar kat rumah kakak dia lagi. Tapi entah kenapa... /me tak faham le. Dua hari lepas, /me ada Google nama penuh dia, kemudian dapat dari satu forum berkenaan hobi wanita. Dalam forum tu dia guna nickname lain (R**Z**). Rupanya dia terlibat dengan hobi jahit menjahit, sulam menyulam. Hmm, memang dia ada talent pun sebab orangnya jenis yang lemah lembut.
/me Google lagi guna nickname dia tu.. jumpa akhirnya satu blog dia, juga berkaitan dengan jahitan ni (Lovely****y.blogspot.com). /me tinggalkan message kat shoutbox dia... /me tulis "N**r R****n Ismail?" (actually /me type nama penuh dia). Kemudian /me antar message melalui email lagi. Tapi, no response.
Nak tau tak? Pagi ni /me bukak blog dia tu.. /me nak check kat shoutbox dia kot kot dia ade reply.. but.. shoutbox dia dah takde dalam tuh! Habis nak kata ape lagi???. Macam dia nak melarikan diri je.. Berbundle-bundle email sebelum ni semua tak reply. Aduihla..
Ishk... :-(
To NRI, why no response?