
BTW, Terlambat ke aku nak wish Selamat Hari Pekerja?... kepada sesiapa yg bekerja, tak kiralah bekerja sendiri atau makan gaji atau pekerja yang makan gaji buta? Keje ghajin2 yea? Semoga bertambah produktif dan proaktif dan semoga segalanya menjadi lebih baik dari semalam. :) InsyaAllah.
Since 8hb. April 2007, aku dengan secara rasminya bergelar pekerja "Gomen" (Government). At last, aku berjaya memboloskan diri ke dalam senarai pekerja Gomen Malaysia setelah hampir 10 tahun mencuba. :) Alhamdulillah. Tak tergambar rasanya kegembiraan dan kepuasan hati aku waktu ini. Kenapa aku memilih Gomen? Banyak reasonnya.
Salah satu, banyak benefits yang boleh aku dapat kalau keje gomen..pencen, elaun, bonus dan bermacam-macam lagi...InsyaAllah, tu pun kalau aku bersungguh-sungguh keje. Satu lagi, aku nak buktikan bahawa aku adalah seorang pekerja Gomen yang tidak pernah dan tidak akan MAKAN GAJI BUTA!!! Dan aku berdoa agar dijauhkan dari mensia-siakan peluang kerjaya ini, Amin.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat aku ni atau ada yang terlebih bersetuju? :)
Dan kepada yang menyambut Hari Wesak, ucapan Selamat Hari Wesak untuk anda!
No comments:
Post a Comment