QUOTE FOR TODAY

Dr. Seuss
“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
― Dr. Seuss

Thursday, March 27, 2008

DSLR Camera

this is one of my pilihan... Nikon D40
atau pilih je digital camera biasa?
syiok tak? tapi rasanya yg terbaru akan kuar Nikon D60? 

Inai berukir ditangan dilaknat Allah SWT??

E-mail ni aku terima minggu lepas.

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz : " inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu'alam...

Friday, March 21, 2008

Wedding Photographer


Memula planning nak amik photographer yang pakai filem aje... kemudian aku sendiri edit-edit.. tapi mengenangkan sure banyak keje lepas my wedding day nanti.. maka aku batalkan hasrat nak pakai photographer biasa. 

Last week, balik my hometown. Survey mak-mak andams, dalam banyak-banyak tu aku berkenan skit ngan Kak Ainy ni. Siap pelamin, baju bersanding, hiasan bilik tidur, hiasan itu, hiasan ini... dia kata "Alin, akak bagi RM 1,000.00 je utk Alin. Akak bagi siap dengan pintu gerbang, kasut. Kasut ni patotnya kena bayar gak.. tapi untuk Alin, akak bagi pakai je.."  Lastly, aku rasa aku amik khidmat kakak ni je..InsyaAllah. Hm.. satu hal dah selesai.

Photo?

Payah gak ni kalau silap pilih photographer. Aku tanya kedai foto kat Jasin, cina tu kate dia tak free (sbb kwn aku penah pakai khidmat photographer cina, hasilnya? ok jugak, walaupun guna filem, dan sikit edit...murah pun murah..).
So, maknenye aku kena carik orang lain lak la..? Hm.. Cina tu suggest sorang kawan dia yang memang ada bisnes ngan dia, En. Saidin IKM Jasin. Aku pun contact En. Saidin ni.

Cuba korang tengok fp dia --: http://www.sydeen.fotopages.com

Harga? beriban-riban jugak la.. hahaha... 
Apa yang aku dapat nanti? (nak lebih details, tgk kat fp dia)
- 1 custom album, 22 pages 
- kad 100 pcs, saiz bisnes kad (tapi aku tak sure nak guna cem mana kad ni)
- photo frame, saiz? 12 x 16 kot. 
- 3 kali bayau.. (nih yang paling syokkk nih)

Aku rasa aku amik je En. Saidin ni..InsyaAllah.. 

Lagi? bannyyakkkk lagi persiapan yang belum aku buat..~

Thursday, March 20, 2008

Gubah Hantaran

sebok sangatt!~

Gi Nilai 3 (NilaiZC kot?) carik bunga-bunga dulang, polistrin, reben-reben, etc. Bersemangat betol~

On the way balik, singgah rumah Sueraya (Sue). Nak curik (dengan izin dia) idea dia gubah hantaran pengantin. LOL.. balik je terus capai barang-barang (handbag, kasut, set bodyshop etc.) 

Apa lagi? Tercongok la aku kat depan tv, tapi bukan tengok tv.. lincah betol jari jemari ni balut polistrin, susun-susun barang kat atas polistrin, gubah sesikit, buh bunga-bungaan.. hehe siap satu!! 

time nak buat yang kedua, alamakkk!~.. gam lilin plak dah abes.. 
nak gi beli? ah..malas.. esok la.. 

Saturday, February 23, 2008

Malaysia Technology Expo 2008 & 7th Invention & Innovation Competition

Busy mengalahkan bos aku.. hahaha.. actually this is my 1st time terlibat nak organize expo mcm ni sama-sama dengan my officemate, Ah Chai, Pairu, Sopian, Hafizudin and Khairul... thanx to 'tray girl' - Rozlin and Irdha ;-) . btw, this event was successfully managed by Protemp.com.my (Martin Lau, Zarina etc) Thank you. sebenarnya, aku cuma bawak watak menyelit je .... hehehe Nantikan MTE 2009!!

Saturday, December 29, 2007

Menanti di Barzakh

aku ingin nak kongsi ini...
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Bernada Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Tak Sanggup Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Monday, December 24, 2007

Forever Yours

fare thee well
little broken heart
downcast eyes lifetime loneliness
whatever walks in my heart will walk alone

constant longing for the perfect soul
unwashed scenery forever gone
whatever walks in my heart will walk alone

no love left in me
no eyes to see the heaven beside me
my time is yet to come
so i'll be forever yours

-- tribute to L a d y H a y a t

whatever walks in my heart will walk alone...

Sebenarnya... aku tak bersedia nak publish suatu perasaan yg amat aku takuti...
tapi aku ingin nak kongsi kat sini...
supaya mereka tahu apa yg aku dan dia tanggungi...
Wahai hati...
kenapa gundah gulana macam ni...
jangan lah mendesak
aku sampai jadi begini...
bukan kerana aku tak mengingati... 
cuma aku tak sampai hati...
melihat dia sengsara dengan penyakit yang dideritai...
Ya Tuhan...
Tabahkan hati kami...
hadapi dugaanMu ini...Amin

Monday, November 26, 2007

to/die/for punya pasal...

Hasil Seni?

Fenriss a.k.a Zawawi (my fiance) dipotretkan sebegini.. hehe Disebabkan kami berdua minat dengan muzik-muzik keras, heavy metal, gothic metal ... aku dengan sesuka hati akan mengabadikan pic atas nama group seperti nightwish, to/die/for, guns n roses, cof dan mcm mcm lagi.

Saturday, October 06, 2007

Dugaannnnnn!!~

Hail.Sekejap je masa berlalu. Ramadhan makin nak melabuh tirai, nak bagi Syawal tunjuk giliran. Alhamdulillah. Entah nape pepagi /me dah buat hal. TERTINGGAL KUNCI KETE DALAM KETE (termasuk beg keje, fail, hp seme)!! huh, sib baik ada pakcik driver (Pakcik Mus) terror bab2 mcm ginih. Bukan tu je, pc /me kat opis pulak buat hal. Aduihla..

Monday, September 24, 2007

to/die/for

everything i've ever done
everything i ever do
every place i've ever been
everywhere i'm going to
it's a sin

Tuesday, September 18, 2007

Vacancy : Unix System Engineer

--- Asvinder Kaur <asvinder_kaur@kellyit.com.my >wrote:> From: Asvinder Kaur <asvinder_kaur@kellyit.com.my>> Date: Tue, 4 Sep 2007 13:01:28 +0800>>>>> I am Ashvin and Im a Consultant with Kelly IT resources specializing in the IT/Telco industry. As per teleconversation,would appreciate if you have any referrals seeking for any job employment or career change at this moment or in near future for System Engineer on a UNIX platform for one of our major Telco company. We would like to have a detailed resume for our reference; we would appreciate if you could email an updated resume (which includes personal particulars, work history, current salary, expected salary and notice period) in MS Word format. You can call me at the mentioned telephone number for any further clarification on the matter. Thanks & Regards, Asvin Jessy Consultant Tel: (03) 2031 1803 Fax: (03) 2031 2331

Thursday, September 13, 2007

Puasa

Pada sesiapa yang /me kenal mahupun yang kenal /me, tapi /me tak kenal... /me mohon kemaafan sekiranya ada salah silap butir bicara sepanjang perkenalan kita. Sempena dibulan yang mulia ini juga, /me doakan seribu kerahmatan dan kesejahteraan berpihak kepada seluruh umat Islam di muka bumi Allah ini. Moga kedatangan Ramadhan kali ni merahmati kita, Amin... Tahun ni tahun ke 2, /me berpuasa ...sahur sorang2... banyak betol beza kalau berpuasa dan bersahur bersama keluarga.

Monday, September 10, 2007

Tak tau sama ada mood kureng masa tu atau anak kunci ni memang dah rapuh.. Hangin satu badan!~. sib baik ada alternatif lain ... jeng jeng jeng.. keluar masuk ikut pintu belakang..

Saturday, May 05, 2007

*BLUR*

JANGAN BACA!! TAK RETI NAK BUH APA DALAM BLOG NIH... APA SEBENARNYA BLOG NIH? UNTUK APA? *BLUR*