Assalamualaikum...
Salam Ramadan :-)
Ramadan yang penuh makna. Hari ke 19. Alhamdulillah, Maha Suci Allah masih memberi kita peluang beribadah di bulan Ramadan kali ini. :-) Bersama-sama suami dan dua orang hero. Yang bongsu (Muhammad Zawin IhsanulHayat ) kini hampir setahun. Sekejap aje masa berlalu, tup tap tup tap... dah nak raya dah kan?
Persiapan for Hari Raya? Macam biasa, serba sederhana dan beringat-ingat. Teringatkan kesusahan dan penderitaan insan lain, menyedarkan aku bahawa aku cukup bersyukur dengan apa jua yang ada sekarang. Kepada yang sedang diduga.. bersabarlah kerana Allah Maha Adil. Bersyukur juga kerana dugaan kita lebih kecil berbanding dugaan yang berat yang ditanggung insan lain.
InsyaAllah..
LH