QUOTE FOR TODAY

Dr. Seuss
“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
Dr. Seuss

Wednesday, September 19, 2012

Today is Wednesday

Alhamdulillah, pagi-pagi dah hujan. Lebat - selebat - lebatnya!~... bertambah sejuk la kat office. Tahniah to my colleague, Irdha. Selamat melahirkan baby ke-3 petang semalam, 18 September 2012. Baby girl!~ selamat berpantang la ehh..~ bestnye cuti lama! Next, turn sape? haha

Baru kejap tadi having a heavy breakfast, kue tiaw goreng + sambal kerang + ayam goreng + kopi, Alhamdulillah, kenyang sesangat ni. So, apa lagi??? Kerja menunggu tu! Tak pepaham lagi? Moh kita..~ 

By the way, tengah tunggu berita terkini kes buang bayi tempoh hari..  :-( kesian baby tu
 

Tuesday, September 18, 2012

Berebut 100plus


Nak tergelak tengok Irfan & Ihsan berebut air 100plus ni. Pic ni diambil ketika kat rumah Mama Sue dorang. Cik Ana yang snap. Haha, Ihsan gelak besar dapat concur botol tu :-)

Sebetulnya bila tengok gambar ni, aku tersedar bahawa rupa-rupanya dua orang hero ni dah besar panjang dah. Pandai bermain, pandai bergaduh, pandai menyepahkan rumah!~ Itulah kepakaran dorang :-) 

Ibu & Abah sayang Irfan & Ihsan ketat2!~

Wednesday, August 08, 2012

Ingat Mengingati Kesusahan dan Penderitaan Insan Lain

Assalamualaikum...
Salam Ramadan :-)

Ramadan yang penuh makna. Hari ke 19. Alhamdulillah, Maha Suci Allah masih memberi kita peluang beribadah di bulan Ramadan kali ini.  :-) Bersama-sama suami dan dua orang hero. Yang bongsu (Muhammad Zawin IhsanulHayat ) kini hampir setahun. Sekejap aje masa berlalu, tup tap tup tap... dah nak raya dah kan?

Persiapan for Hari Raya? Macam biasa, serba sederhana dan beringat-ingat. Teringatkan kesusahan dan penderitaan insan lain, menyedarkan aku bahawa aku cukup bersyukur dengan apa jua yang ada sekarang. Kepada yang sedang diduga.. bersabarlah kerana Allah Maha Adil. Bersyukur juga kerana dugaan kita lebih kecil berbanding dugaan yang berat yang ditanggung insan lain.

InsyaAllah..

LH


Tuesday, May 01, 2012

Sekitar Jamuan Kesyukuran + Birthday Boy Irfan @ 3yrs

Gambar-gambar sekitar jamuan kesyukuran dan birthday Irfan ke 3 tahun pada 28 April 2012 yang lepas. Lokasi : Kesang Tua, Jasin, Melaka :-)

 Sambut 5 birthday sekaligus. Aiman, Fathiah, Amyza, Puteri & Irfan

 Kek Irfan

 Kek Irfan. Timmy Time Cake made by Epelhijau Bakery @ Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi



 Ihsan silau ker?




 From left : Puteri, Irfan


 Nenek :-)


Budak hingusan!~