QUOTE FOR TODAY

Dr. Seuss
“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
Dr. Seuss

Sunday, January 10, 2010

Selamat Datang 2010, Selamat Tinggal 2009

Assalamualaikum WBT..

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua.

Sebaik saja melangkah masuk ke 2010, /me sekeluarga di uji dengan pelbagai dugaanNya. Husband dimasukkan ke wad Hospital Banting pada 2 Januari 2010, Sabtu. Waktu tu /me, husband dan Irfan ke rumah /me nya sister, Kak Ani. Saja habiskan cuti tahun baru kat Banting.

Husband dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Pada mulanya, kami ke Unit Kecemasan hospital tu sebab husband sesak nafas (asma).. kemudian Doktor buat x-ray pulak. Nampak jangkitan kuman tu banyak jugak. So, kenalah tahan kat Wad sehingga 5 Januari 2010.

Alhamdulillah, husband dah makin ok.. dan stabil. Semoga kesihatannya bertambah baik dan dihindari dari apa jua penyakit yang memudaratkan kesihatannya.. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kami pulang ke rumah di Bandar Baru Bangi pada keesokan harinya, 6 Januari 2010. Irfan tinggal dgn Nenek&Atuknya di rumah Kak Ani, Banting. Sebaik je melangkah masuk rumah, kami tengok keadaan ruang tamu berselerak. Rupa-rupanya rumah dimasuki orang. Iskk.. mengucap panjang kami berdua. Sebak tak usah cakapla. Kami tawakkal je pd Allah.

Ada beberapa barang yang hilang termasuk : TV, tong gas, 2 biji rice cooker, radio, jam tangan, beg kiko Irfan, inhaler husband, duit syiling banyak jugak, dan mcm-mcm lagi barang yang kecil kecil.

Takperla.. mungkin bukan rezeki kami. Setelah report polis dibuat, kami berkemas.. dan mula beli semula barang-barang keperluan yang penting.. Thanks to officemates (Warga Bahagian Pengkomersilan Teknologi, Agensi Nuklear Malaysia) yang sudi datang ke rumah untuk membantu dan buat kutipan derma untuk saya.. hihihi.. thanks a lot... :-) Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.. Amin.