QUOTE FOR TODAY

Dr. Seuss
“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
Dr. Seuss

Tuesday, April 28, 2009

Perubahan demi perubahan, dugaan demi dugaan

dah lama tak menulis kat sini.. banyak betol nak cerita ... tapi penyakit 'm' menguasai diri dah..
(walauapepun, secara ringkasnye..)
Lepas kahwin tu kan.. tup tup pregnant plak.. Alhamdulillah, rezeki kami. Banyak betul dugaan time pregnant..
Tanggal 11 Februari 2009, Hospital Kajang - lahirlah Muhammad Zawin IrfanulHayat (secara bedah).. baby boy kami. Irfan lahir tak cukup bulan. Waktu melahirkan tu, umur kandungan baru 8bulan 2 minggu..
Sudah takdir Allah, Irfan (nickname untuk baby) lahir 1.6kg. Irfan kena tahan kat wad SCN selama 25 hari (dr. 11 Feb. - 7 Mac 2009). Dalam tempoh tu (tempoh pantang), /me ulang alik ke Hospital antar susu(walau susu bdn tak sebanyak mana), melawat Irfan. Setiap hari tak lupa berdoa pada Yang Maha Esa, moga Irfan cepat membesar, sihat, cepat balik rumah (fyi, selagi beratnye bawah 1.75kg @ 1.8kg, Irfan tak bole balik rumah).
Pd. 24 Feb, /me room in. Room In maksudnye, /me duk wad, jaga anak.. like nyusukan dia, tukar diapers, urut2.. Alhamdulillah, banyak betul ilmu /me dapat time duk kat wad.. masa tu Irfan ada schedule nyusunye.. setiap 3 jam. Irfan tak breastfeeding sepenuhnya, dia tak pandai lagi. Lagipun, susu sikit.. but kat wad, /me rajin ngepam. So, bila susu badan tak cukup, /me topup ngan SF (susu formula).
Berat Irfan naik sedikit demi sedikit. Sampailah beratnye 1.75kg, Paed bagi balik rumah. /me sebenarnya tak confident lagi nak bwk Irfan balik rumah sbb. /me takut mcm-mcm hal tak diingini terjadi. /me rujuk Paed.. rujuk Nurse.. akhirnya /me bawak balik juga Irfan pada 7 Mac tu.

Kat wad..

  • Irfan penah kena cucuk jarum kat pangkal dahinye sbb nak masukkan ubat. Kat kaki, tangan seme dah kena cucuk tapi ada satu masa tu doc tak jumpa uratnye, so terpaksala cucuk kat dahi dia.. kesian
  • Irfan penah diambil air tulang belakang (Lumbar Puncture) sbb doc kate dia ada jangkitan kuman, tapi tak dapat2 dikenalpasti jenis kuman.. so, last solutionnye LP la. Sedih juga dengar dia nangis kesakitan time doc cucuk tu.. tapi /me tawakal pada Allah kerana tu jalannye..
  • Irfan penah kena tambah darah sbb darah merahnye tak cukup.
  • Irfan penah di scan ultrasound.
  • Time /me start room in, berat Irfan cepat naik. Alhamdulillah.

Monday, April 27, 2009

Irfan..Irfan..Irfan

Lepas je bersalin, asik nak cite pasal Irfan je.. Pasni, cite Irfan je la banyak kat sini..~ :-p
kat bawah ni pic Irfan lepas 4-5 hari dilahirkan.

Irfan dalam inkubator. Masa ni Irfan nyusu pakai tiub.

Many thanks to misi-misi wad SCN Hospital Kajang sbb jaga Irfan dgn baik time /me takde. Bukan Irfan je.. but seme baby kat situ.. :-)