QUOTE FOR TODAY

Dr. Seuss
“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
Dr. Seuss

Tuesday, August 26, 2008

Gubahan - Mas kahwin RM 40 hengget

RM 40... Memang tak tambah dah.. cukup2 je RM 40.00. Mas kahwin dibuat gubahan lilit kat kulit kayu manis.
Bahan-bahan :
8 'bijik' kulit kayu manis
8 keping duit RM 5.00
bekas tembaga (tatau apa nama, tengok la kat pic tu)
dulang + alas dulang
hiasan (terpulang...)
Cara - cara :
Lilit jee...!!~
sekian, ni je dulu.. hehe :-p (malas nak upload bebanyak at the same time..)
p/s : barang-barang hantaran kedua-dua pihak aku yg gubah... so simple je.. tak pandai sgt nak gubah..

Monday, July 07, 2008

Episod 1 .:. Me&MyAwie

Nanti akan update pasal kenduri, tarak sempat mau update...wa manyak sibuk itu jam..
Ini jam pun manyak sibuk..
Tengokla kalau tak sibuk esok lusa.. wa update.. hehehe..
Dah sebulan lebih kami (aku dan awie) duk sebumbung... aduyaii!~ :-)
Alhamdulillah, kami bahagia dengan apa yang kami ada sekarang dan akan ada nanti.. insyaAllah..

Sunday, June 01, 2008

everybody needs somebody...

1 Jun 2008 - kami selamat disatukan.. Amin. We've been through this such a long long time Just tryin' to kill the pain - November Rain (GNR)

Monday, May 05, 2008

Majlis : 1 Jun 2008, Ahad

Majlis akan diadakan pada 1 Jun 2008..Ahad di kampung LadyHayat di Jasin, Melaka, InsyaAllah. Semua dijemput hadir. Kedatangan semua amat di alu-alukan. tQ

peta lokasi

No. untuk dihubungi : 0123006392 (Lin)

Terima kasih :-)

Tuesday, April 22, 2008

Cubaan 2 -

Molly & Blacky
Nama sepasang ikang spesis ape tah. baru je beli.. comel. Molly - betina & Blacky - jantang.
Last night..aku belek2 molly.. waaa dia pregnant!~ camnih aku kena beli akuarium besar skit dari yg ada nih.. hmm..
Malam?
lain mcm jek :-p

Nikon D40 ku

ni la keadaan kamera yg nak di jual
makin di tenung, di belek, di tengok tengok... makin sayang lak nak jual
uhuhu..

Monday, April 21, 2008

Shopping-shopping kat Nilai3


Semalam deting ngan my sisters. Me with K.Ana (di Bangi) and K.Ani (dia drive sengsorang dari Banting) hehe ciann nengok dia. Anak-anak tak nak ikut. Stay with their ayah, swim swim kat kolam la kot.

Dari Bandar Baru Bangi ni lebih kurang 20 minit je trip to Nilai3. On the way tu singgah Petronas jap, withdraw duit. Aku bawak tak banyak (kata K.Ani) 1k je..

Kancil kami sampai dulu at 9.45am. So, tunggu jap K.Ani kat 7eleven Nilai3 tuh. Janji 10am. Kredit dah kering. K.Ani call, dia dah sampai.. katenye kat bangunan kaler pink pink.. ehehe.. aku dapat agak dia kat pintu gerbang Nilai3 tu. Then, we met there la. Dia suggest aku park kancil kat depan 7eleven, pastu naik 1 kete je. Aku deal aje..

Breakfast dulu. Bantai nasik goreng ngan paru sambal jek.. Sedap!~ Lapo gila..
Cuaca agak hot hot suam pagi tu.. 

Kiteorg tak bazirkan masa, terus gi serbu kedai jual barang-barang perkahwinan. Lokasi pertama kiteorg kat kedai nama WS. Harga barang yg aku nak quite ok gak.. 2nd, kat NilaiZC. Ni yg aku gila meraban carik barang. Macam-macam ada kat sini.. Tak nyesal punyee.. Cuma.. aku nyesal bwk 1k je.. sib baik ada ATM Machine kat situ. :-p 

Apa barang yg aku carik? 



Dalam senarai di atas, hanya beberapa barang je yg aku berjaya beli (highlighted with yellow kaler). Tak shoot pun pic. Nanti la kot aku uploadkan.

Lunch kat Marrybrown. After zuhur kiteorg sambung shopping. Kali ni beli curtain. Kat HOME CURTAIN. cantik + simple (itulah aku..) Theme : cream + brown.

Fenatt!~. Cuaca panas terik skrg. So, we decided nak balik dalam pukul 3.30pm. 

Sampai umah, tetibe .. Warrghh!.. aku lupe beli kain baju adik, mak n ayah aku!! Rerasanya kena gi Nagoya kat Kajang je la.. esok lusa aku pi..

things to do : update list barang. 

Nak jual D40 nih

Jual semula la D40 ni. Nak beli yg lain, insyaAllah.

Harga beli : RM 1,695.00
Harga orang nak beli : boleh runding.. hehehe

So, ada sesapa berminat?... (mcm takde je)

Tuesday, April 15, 2008

Advice for a happy marriage

It’s countdown time. Thousands of couples will walk down the aisle this Saturday, 7-7-07, hoping all those 7s — the number long associated with luck — will keep them lucky in love. It’s one of the most popular wedding dates in modern history, according to overwhelmed wedding planners, florists, and photographers. Relationship experts caution, however, that much more than luck is needed to stay together and beat the odds of a divorce, now estimated to end half of today’s marriages. Here, relationship experts consulted by WebMD offer their best marriage tips for how to stay lucky in love. And they go way beyond the usual tips to buy her flowers, cook his favorite meal, and remember to schedule date night.
1. Purge the “D’” word ie Divorce. 2. Replace the 7 deadly habits in a marriage with the 7 caring habits. The seven deadly habits are criticizing, blaming, complaining, nagging, threatening, punishing, and bribing. The seven caring habits include supporting, encouraging, listening, accepting, trusting, respecting, and negotiating your differences. 3. Take care of yourself. 4. Discuss outside friendships. 5. Stop trying to control your partner. 6. Honor and respect your partner. 7. If you’re the wife, lower your expectations. If you’re the husband, step up to the plate.

Wednesday, April 09, 2008

Kena Usik

since pagi bos tak muncul2...
mungkin sambung cuti-cuti Malaysia kot...
so, ENJOY!!~ ;-P

btw, maleh la nak gi KL petang ni.. tadi mintak tokey kad kahwin fakskan sample kad of mine... nak tengok ok ke idak!~.. kalau ok, leh terus proceed. Ayah dah bising..dia nak pos kat kengkawan office Utusan Melayu.. 

Aishh.. ampehs seme org kat opis ni.. memasing dok perli2 aku. Maklumla..insyaAllah.. hekhekhekhek.. 

ha..ni satu ayat yg aku tak leh lupo.. 

Lin, sedappp linn~...
Akuuu maluuu..udah udah le kak imahh!~..

Tuesday, April 08, 2008

Cubaan 1


natang ni duk kat siling rumah...

Lirik lagu Andy (Flop Poppy)


STESYEN TERAKHIR
 
landasan itu masih di situ
menuju arah yang lurus
gerabak berangkai masih setia
arah selatan dan utara
 
selisih gerakku duduk termanggu di bangku
mengenang nasib diri tak siapa yang tahu
 
*Chorus

situ ku masih setia menanti
selagi hayat di sisi
walau kau takkan kembali
 
menunggu
bila akan tiba waktu
pasti akan aku jemu
bersatu di alam baru
 
dan menjadi satu
kita berdua
engkau dan aku
dan selamanya semoga
 
penumpang turun naik tanpa menghiraukan
hasrat di hatiku
tapi aku tak perlu merubah
situ masih yang ku mahu
 
memori yang kan kekal selama-lamanya
sehingga terbuka nafas sudah terhenti
tak perlu lagi...

Monday, April 07, 2008

Apa syg nak buat dengan kamera besar gajah ni???

aha.. ni lah dia ayat pertama aku dapat dari tunang sejurus selepas aku sms dia yg aku dah beli D40.. 

Tapi, takdelah berat sgt.. cuma tak muat nak simpan dalam handbag.. hehe.. sorry bi, dah beli pun ...!!~ :-p 

So, dengan harga RM 1,695.00 aku dapat Nikon D40 kit + tripod + 2GB SD + cleaning set + Nikon bag.

Terfikir jugak, adakah memadai kalau aku guna lens yg diberi sahaja tanpa beli lens lain untuk shoot ape jua jenis gambar (sekadar hobi)...?

InsyaAllah, nanti aku upload gambar-gambar dari D40..

Tuesday, April 01, 2008

Al-Fatihah

KUALA LUMPUR 1 April – Seniwati veteran, Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati. Yusni, 63, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya, Raja Ema, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Januari lepas. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah keluarga nya di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata. Antara pencapaian Allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik Pesta Filem Malaysia Kelapan pada 1989.

Lakonan terakhirnya ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas. Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.— BERNAMA

Al-Fatihah...

Thursday, March 27, 2008

DSLR Camera

this is one of my pilihan... Nikon D40
atau pilih je digital camera biasa?
syiok tak? tapi rasanya yg terbaru akan kuar Nikon D60? 

Inai berukir ditangan dilaknat Allah SWT??

E-mail ni aku terima minggu lepas.

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz : " inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu'alam...

Friday, March 21, 2008

Wedding Photographer


Memula planning nak amik photographer yang pakai filem aje... kemudian aku sendiri edit-edit.. tapi mengenangkan sure banyak keje lepas my wedding day nanti.. maka aku batalkan hasrat nak pakai photographer biasa. 

Last week, balik my hometown. Survey mak-mak andams, dalam banyak-banyak tu aku berkenan skit ngan Kak Ainy ni. Siap pelamin, baju bersanding, hiasan bilik tidur, hiasan itu, hiasan ini... dia kata "Alin, akak bagi RM 1,000.00 je utk Alin. Akak bagi siap dengan pintu gerbang, kasut. Kasut ni patotnya kena bayar gak.. tapi untuk Alin, akak bagi pakai je.."  Lastly, aku rasa aku amik khidmat kakak ni je..InsyaAllah. Hm.. satu hal dah selesai.

Photo?

Payah gak ni kalau silap pilih photographer. Aku tanya kedai foto kat Jasin, cina tu kate dia tak free (sbb kwn aku penah pakai khidmat photographer cina, hasilnya? ok jugak, walaupun guna filem, dan sikit edit...murah pun murah..).
So, maknenye aku kena carik orang lain lak la..? Hm.. Cina tu suggest sorang kawan dia yang memang ada bisnes ngan dia, En. Saidin IKM Jasin. Aku pun contact En. Saidin ni.

Cuba korang tengok fp dia --: http://www.sydeen.fotopages.com

Harga? beriban-riban jugak la.. hahaha... 
Apa yang aku dapat nanti? (nak lebih details, tgk kat fp dia)
- 1 custom album, 22 pages 
- kad 100 pcs, saiz bisnes kad (tapi aku tak sure nak guna cem mana kad ni)
- photo frame, saiz? 12 x 16 kot. 
- 3 kali bayau.. (nih yang paling syokkk nih)

Aku rasa aku amik je En. Saidin ni..InsyaAllah.. 

Lagi? bannyyakkkk lagi persiapan yang belum aku buat..~

Thursday, March 20, 2008

Gubah Hantaran

sebok sangatt!~

Gi Nilai 3 (NilaiZC kot?) carik bunga-bunga dulang, polistrin, reben-reben, etc. Bersemangat betol~

On the way balik, singgah rumah Sueraya (Sue). Nak curik (dengan izin dia) idea dia gubah hantaran pengantin. LOL.. balik je terus capai barang-barang (handbag, kasut, set bodyshop etc.) 

Apa lagi? Tercongok la aku kat depan tv, tapi bukan tengok tv.. lincah betol jari jemari ni balut polistrin, susun-susun barang kat atas polistrin, gubah sesikit, buh bunga-bungaan.. hehe siap satu!! 

time nak buat yang kedua, alamakkk!~.. gam lilin plak dah abes.. 
nak gi beli? ah..malas.. esok la.. 

Saturday, February 23, 2008

Malaysia Technology Expo 2008 & 7th Invention & Innovation Competition

Busy mengalahkan bos aku.. hahaha.. actually this is my 1st time terlibat nak organize expo mcm ni sama-sama dengan my officemate, Ah Chai, Pairu, Sopian, Hafizudin and Khairul... thanx to 'tray girl' - Rozlin and Irdha ;-) . btw, this event was successfully managed by Protemp.com.my (Martin Lau, Zarina etc) Thank you. sebenarnya, aku cuma bawak watak menyelit je .... hehehe Nantikan MTE 2009!!